hiduprakyat


widget

Thursday 22 May 2014

Tiada Kompromi Dalam Penipuan !

DEMONSTRASI DIHADAPAN PEJABAT PKR TOPICANA, SIMBOLIK SAYANG TERHADAP PARTI


Dikhabarkan lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhimpun di hadapan pejabat PKR Tropicana pada hari selasa bertarikh 20 Mei 2014 sebagai tanda tidak puas hati terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dikatakan gagal menguruskan pemilihan parti dengan telus dan berintegriti. Mereka membawa pelbagai jenis kain rentang dan sepanduk dengan tujuan mengecam beberapa tokoh dan pimpinan tertentu yang dianggap melakukan penipuan sepanjang pemilihan parti yang berlansung baru- baru ini.

Jika dipandang dari sudut yang negatif, sudah tentu ramai yang mempertikaikan tentang perbuatan berhimpun yang dikatakan akan mencalarkan dan memburukkan nama parti. Tentunya akan ada suara- suara yang mengatakan, mengapa isu ini tidak dibantah secara dalaman menggunakan prosedur yang ada tanpa perlu memperlihatkan isu ini kepada masyarakat, kerana ia akan menjadi modal politik untuk UMNO terus- terusan menyebarkan fitnah melalui media lidah celaka milik mereka seperti Utusan Malaysia dan juga TV3.

Adakah kita masih ingat dengan pemilihan pada tahun 2010? Ada beberapa penipuan dalam pemilihan yang dilaporkan. Persoalannya, adakah isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik? Aduan dan laporan dijalankan mengikut prosedur secara rasmi namun adakah pimpinan menyelesaikan masalah itu dengan baik? Waktu itu, bantahan dibuat secara rasmi mengikut prosedur tanpa ada yang berhimpun seperti yang berlaku baru- baru ini. Tapi, apakah kesannya terhadap pemilihan parti? Apakah tindakan yang diambil JPP terhadap individu yang dikatakan menipu dalam parti? Oleh kerana terlalu mengikut prosedur dan bantahan yang dilakukan itu dianggap tidak serius, maka pimpinan juga tidak serius dalam menyelesaikan masalah yang melanda parti. 

Tidak dinafikan bahawa ada beberapa tempat yang melakukan penipuan mengikut bukti yang dikeluarkan oleh si pendakwa. Dalam tempoh aduan dan siasatan, perkara itu masih berlaku lantas menyebabkan orang ramai mempersoalkan dimana ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Parti? Tiada yang berubah, dimanakah kepekaan JPP? Segelintir ahli parti mahu JPP bangun dari lena supaya segala penipuan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat dan tanpa teragak- agak mengambil tindakan terhadap individu yang telah mencabul undang- undang dan demokrasi dalam parti.

Perbuatan berhimpun mungkin tidak enak dilihat orang ramai, tapi apa langkah lain yang kita ada jika JPP tidak serius dalam membendung dan mengambil tindakan terhadap isu yang dilaporkan ini? Bagaimana jika ada yang bertindak keluar parti kerana menganggap pemilihan parti tidak adil dan penuh denga penipuan? Biar kita bergaduh sekarang, biar kita berbalah dari pimpinan yang dilantik selepas ini dari kalangan yang tidak jujur dan amanah. Ada pendekatan yang penuh kelembutan dan ada yang dilihat agak kasar atau radikal, namun kedua- duanya untuk kebaikan parti. Adakah kita perlu meletakkan kesalahan jika ada yang bertindak sedikit radikal? 

DS Anwar Ibrahim yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP sempat bertemu dengan ahli yang berhimpun dan mengatakan bahawa tindakan akan diambil kepada individu yang melakukan penipuan jika sabit dengan bukti yang dikeluarkan tanpa ada yang akan terlepas. Peserta himpunan itu diarahkan bersurai supaya ianya tidak menjadi modal untuk media regim penguasa menfitnah, kerana mereka hanya menunggu peluang.

Apakah yang dimahukan ahli yang berhimpun pada malam tersebut? Hanya mahu melihat sebuah parti yang bersih dari segala penipuan dan salah guna kuasa. Kita sudah ditipu oleh pemerintah gila selama hampir 60 tahun, adakah kita mahu lihat ini terjadi dalam parti. Semoga JPP melakukan segala kerja denga telus tanpa cenderung terhadap mana- mana individu. Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera jika ada laporan dan bukti yang kukuh. Jika tiada laporan dan bukti yang kukuh, JPP seharusnya menerangkan kepada orang ramai.

Kelembutan atau sedikit radikal bertujuan memperbetulkan parti, menjadi simbolik bahawa ahli sayang terhadap parti !!!

No comments:

Post a Comment