hiduprakyat


widget

Monday 19 May 2014

Hukum ALLAH, Mengapa Di Politikkan?

BANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA, HANYA TAKUTKAN ALLAH !!!





Bila berbicara tentang hudud, ramai yang mula mempertikaikan kononya PAS hanya menggunakan isu Hudud untuk politik. Ramai yang mula mempertikai tentang hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kita juga boleh persoalkan, bagaimana pula dengan gabungan antara UMNO dengan MCA, GERAKAN, LDP, PPP dan lain- lain. 

UMNO dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan hak orang melayu dan agama Islam. Bagaimana UMNO boleh berkompromi dengan parti yang bukan sahaja menolak hukum hudud malah menghina hukum Allah. Bila DAP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menerima hudud, tapi menolak dengan cara yang baik tanpa sebarang hinaan, mulalah pimpinan UMNO mengatakan bahawa PAS adalah keldai DAP dan PKR. Bagaimana pula dengan pimpinan UMNO yang berbangsa melayu dan beragama Islam boleh menolak hukum Allah tanpa ada tindakan?

Kenapa PAS lebih mengutamakan untuk bergabung dengan DAP walaupun parti itu majoritinya berbangsa Cina dan bukan Islam, berbanding PAS? Contohnya mudah, ada seorang kawan kita yang beragama Islam mengajar dan mengajak kita untuk berjudi, mencuri, merogol, minum arak dan sebagainya, haram untuk kita bersama dengannya. Tapi jika ada seorang sahabat kita yang berbangsa Cina mahupun India mengajak kita untuk pergi ke perpustakaan, apa salahnya untuk kita ikut. Islam memang menitik beratkan soal dan fahaman agama, namun ia bukan menjadi halangan untuk kita melakukan yang buruk. PAS lebih cenderung untuk bergabung dengan DAP atas beberapa sebab, antaranya DAP mahukan yang terbaik untuk rakyat sama ada Melayu, Cina mahupun India. Lihat sahaja di Pulau Pinang. Gaji dan elaun guru kafa dinaikkan, adakah ini menunjukkan DAP menindas melayu? DAP juga mahukan keadilan dalam sistem pemerintahan, begitu juga PKR. 

Bila berbicara soal hudud, akan ada yang mempertikai bahawa Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum Allah itu. Mengapa GST boleh terus dilaksanakan dengan membelanjakan RM 17 juta untuk melantik hampir 230 orang pakar ekonomi untuk menjelaskan kepada rakyat apa itu GST serta kebaikannya. Mengapa dana tersebut tidak digunakan untuk melantik ulama- ulama untuk menerangkan apa itu hukum hudud kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang beragama islam mahupun bukan. Mengapa perlu ditunggu? Ini hukum ciptaan Allah, tanpa ada sebarang cacat cela. Mengapa kita masih was- was? Mengapa ada yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa jika undang- undang hudud dilaksanakan maka politik dan ekonomi di Malaysia akan menjadi mundur? Allah berjanji, negara yang melaksanakan hukum Allah akan lebih dikurniakan rahmat dan nikmatnya. InsyaAllah, jika hudud dilaksanakan maka jenayah akan dapat dikurangkan sebagai contoh di Brunei. 

Mengapa kita perlu takut dengan hukum Allah, sedangkan itu adalah hukum yang paling adil jika dibandingkan dengan hukum yang ada di dunia ini? Selalunya orang yang takut dengan hukum Allah adalah orang yang berjudi, minum arak, berzina, merompak, qazaf dan sebagainya. Jika kita tidak melakukannya, mengapa kita perlu takut untuk menyokong hukum Allah? 

Bangkitlah rakyat Malaysia !!! Bangkitlah Anak Muda !!! Hanya takutkan Allah. Letakkan Allah segala- galanya. Rezeki milik Allah, hidayah milik Allah, bukan milik manusia. Persetankan segala ugutan, makian, tindakan ke atas kita. Bangkitlah semua. Perjuangan demi agama dan menegakkan kezaliman. 

" Jika kita diberi peluang, adakah kita berani mengangkat senjata dan terus lawan kezaliman dan penindasan"?





No comments:

Post a Comment