hiduprakyat


widget

Thursday 29 May 2014

Dianggap Pengkhianat Apabila Menegur Parti dan JPP?

MENEGUR JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI, CHE'GU BARD DIGANTUNG KEANGGOTAAN DALAM PKR



Che'Gu Bard

Sekali lagi rakyat dan semua ahli PKR dikejutkan dengan berita tentang Penyelaras SAMM, Badrul Hisyam Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'Gu Bard yang telah digantung keahliannya dalam parti disebabkan teguran yang dibuat beliau terhadap ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). 

Semua ahli parti tahu bahawa ada penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti sehingga ada beberapa tempat yang terpaksa ditangguhkan pemilihan kali ini. Che'Gu Bard dengan lantang telah mengeluarkan beberapa kenyataan dan bukti yang kukuh terhadap penipuan dalam pemilihan parti. Namun, beliau pula yang diambil tindakan? Undang- undang apa ini?

Bagaimana dengan individu- individu yang dikatakan menipu dalam pemilihan? Adakah mereka ini dibiarkan bebas dan akan diberikan pangkat dan kedudukan dalam parti? Dimanakah ketelusan dan integriti dalam JPP? Tahun 2010 juga JPP mengalami masalah yang sama apabila banyak laporan dibuat tentang penipuan dalam pemilihan parti yang telah dilakukan beberapa indidvidu, namun apa tindakan yang diambil? Adakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan hanya untuk menyerang kepimpinan UMNO sahaja? Sehingga kesalahan pimpinan PKR dianggap rermeh dan tiada tindakan diambil. Adakah PKR ditubuhkan hanya untuk menyerang setiap kesalahan dalam UMNO sahaja? Sehingga kesalahan dalam parti dibiarkan terus tanpa ada sebarang hasrat untuk memperbetulkannya?

Tanggal 05 Mei 2013 menjadi satu tarikh keramat apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap penipuan sistem pilihanraya yang dilakukan UMNO dan SPR sehingga menyebabkan "Blackout" di beberapa tempat. Penipuan ini dibantah dengan mengadakan satu demonstrasi "BLACKOUT 505" yang dibuat secara besar- besaran, yang diadakan hampir disetiap negeri dan pimpinan yang menghadiri program ini dianggap sebagai seorang pejuang rakyat? Tapi berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Che'Gu Bard. Beliau hanya menegur tentang ketelusan dan integriti JPP dalam pemilihan parti dengan membuat beberapa laporan disertakan dengan bukti yang kukuh, namun adakah beliau perlu dianggap seperti pengkhianat dalam parti dan perlu dihukum dan digantung keahliannya?

Menegur bukan bermaksud membenci mahupun memburukkan. Kita hanya mahu lihat sebuah parti yang diangkat oleh rakyat atas nama keadilan yang dibawa. Bukan hanya parti yang diangkat atas nama sosok tubuh seseorang individu. Kita tidak mahu menang dengan cara menipu. Kita perlu sepak terajang individu yang menipu dalam pemilihan parti. Jangan biarkan nama baik parti menjadi buruk oleh kerana sikap individu yang gilakan pangkat dan harta. 

No comments:

Post a Comment