hiduprakyat


widget

Saturday 31 May 2014

P76 Parlimen Teluk Intan : BN Menang?

UMNO KIAN TERDESAK, PENIPUAN JALAN AKHIR, KITA PERLU REVOLUSI !!!


SPR Teruskan Penipuan?

Pilihanraya Kecil, Parlimen Teluk Intan (P76) telah berlangsung pada hari Sabtu bertarikh 31 Mei 2014. Pilihanraya ini berjalan dengan lancar walaupun ada dakwaan yang mengatakan ada provokasi dilakukan oleh kedua- dua parti dari masa berkempen sehingga ke hari mengundi.

Pilihanraya di Parlimen Teluk Intan telah dimenangi oleh calon BN, Mah Siew Keong dengan undian sebanyak 20 157 manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kalah tipis dengan undian sebanyak 19 919. Mah Siew Keong menang dengan hanya majoriti tipis.

Jika dilihat pada jumlah pengundi sebanyak 59 927. Manakala yang mengundi awal adalah sebanyak 410 menjadikan jumlah yang tinggal adalah 59 517. Jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 39 850, manakala jumlah yang mengundi awal hanya 392 menjadikan jumlah kertas undi diterima sebanyak 40 242. Jika dilihat pada jumlah undi untuk calon BN dan DAP dan ditambah pula dengan undi rosak berjumlah 40 619. Yang menjadi persoalan pengundi di Teluk Intan dan semua rakyat Malaysia adalah kertas undi yang diterima berjumlah 40 242, manakala kertas undi yang dikira berjumlah 40 619. Bagaimana ada perbedaan dalam jumlah yang besar?

Adakah SPR masih menipu walau sudah ratusan ribu rakyat yang bangkit melawan penipuan sistem pilihanraya? Adakah SPR masih belum sedar? Adakah SPR hanya memandang remeh rakyat yang telah bangkit? Adakah kita hanya dilihat sebagai rakyat yang tiada kuasa? UMNO dan SPR perlu diajar dengan lebih radikal ! Rakyat Malaysia perlukan REVOLUSI !!! Kita perlu lawan sekeras- kerasnya penindasan, kezaliman, penyelewengan, dan penipuan. Tahun ini anak muda sambut MERDEKA di PUTRAJAYA !!! Anak muda sambut MERDEKA di PUTRAJAYA !!!






























Friday 30 May 2014

Siapa Pilihan Pengundi di Teluk Intan?

PILIH DYANA SOFYA MOHD DAUD (DAP) ATAU MAH SIEW KEONG (BN) ?

Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)


Mah Siew Keong (BN)


Siapa akan menang di P76 Parlimen Teluk Intan? Ada beberapa penganalisis politik telah mengkaji dan ada mengatakan kemenangan di parlimen tersebut berpihak kepada BN mahupun DAP. Ada yang mengatakan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud akan menang dengan majoriti bergaya, ada yang mengatakan kemenagan calon DAP itu hanya tipis. Ada pula penganalisis politik menjangkakan kemenangan buat calon BN, Mah Siew Keong. Namun, itu semuanya hak pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan. Kedua- dua calon telah membentangkan manifesto masing- masing. Rakyat perlu berfikir sama ada manifesto tersebut akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat, ataupun ia hanya akan menjadi sebagai satu langkah untuk terus menindas rakyat Malaysia. 

Ramai yang terkejut dan seolah- olah DAP meninggalkan banyak persoalan di minda rakyat. Bagaimana DAP boleh mengambil calon dari seorang yang berbangsa Melayu jika benar yang selama ini bahawa DAP sebuah parti yang rasict? Ini sudah terbukti bahawa DAP tidak menindas bangsa melayu, DAP tidak pernah mengamalkan rasism dalam parti. Bagaimana pula calon yang mewakili BN? Itu terserah kepada pengundi.

Dyana Sofya Mohd Daud pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengundi untuk membantah Rang Undang- Undang (RUU) Hudud diparlimen jika diangkat sebagai ahli parlimen di Teluk Intan. Ini yang cukup merunsingkan pengundi. Mereka seolah- olah tertanya bagaimana untuk mengundi jika calon DAP seorang berbangsa melayu dan beragama islam itu menolak hukum Allah?

Tapi, bagi aku jawapannya mudah. Kedua- dua calon menolak hukum hudud dijalankan di Malaysia. Seorang wanita beragama islam dan berbangsa melayu, dan seorang lagi seorang lelaki berbangsa cina dan bukan islam. Bagaimana pula dengan amalan dan prinsip kedua- dua parti DAP mahupun BN? DAP menentang dengan lantang dalam isu penindasan terhadap rakyat, isu kezaliman, isu rasuah, isu penipuan, penyelewengan, gila kuasa dan sebagainya. BN pula mengamalkan rasuah, meletakkan rakyat dalam kesusahan, melakukan kezaliman kepada rakyat. Manakah yang terbaik untuk rakyat? 

Para pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan perlu berfikir dengan baik, yang manakah calon yang terbaik untuk dipilih dan diberikan mandat di parlimen tersebut. Sama ada baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Thursday 29 May 2014

Dianggap Pengkhianat Apabila Menegur Parti dan JPP?

MENEGUR JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI, CHE'GU BARD DIGANTUNG KEANGGOTAAN DALAM PKR



Che'Gu Bard

Sekali lagi rakyat dan semua ahli PKR dikejutkan dengan berita tentang Penyelaras SAMM, Badrul Hisyam Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'Gu Bard yang telah digantung keahliannya dalam parti disebabkan teguran yang dibuat beliau terhadap ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). 

Semua ahli parti tahu bahawa ada penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti sehingga ada beberapa tempat yang terpaksa ditangguhkan pemilihan kali ini. Che'Gu Bard dengan lantang telah mengeluarkan beberapa kenyataan dan bukti yang kukuh terhadap penipuan dalam pemilihan parti. Namun, beliau pula yang diambil tindakan? Undang- undang apa ini?

Bagaimana dengan individu- individu yang dikatakan menipu dalam pemilihan? Adakah mereka ini dibiarkan bebas dan akan diberikan pangkat dan kedudukan dalam parti? Dimanakah ketelusan dan integriti dalam JPP? Tahun 2010 juga JPP mengalami masalah yang sama apabila banyak laporan dibuat tentang penipuan dalam pemilihan parti yang telah dilakukan beberapa indidvidu, namun apa tindakan yang diambil? Adakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan hanya untuk menyerang kepimpinan UMNO sahaja? Sehingga kesalahan pimpinan PKR dianggap rermeh dan tiada tindakan diambil. Adakah PKR ditubuhkan hanya untuk menyerang setiap kesalahan dalam UMNO sahaja? Sehingga kesalahan dalam parti dibiarkan terus tanpa ada sebarang hasrat untuk memperbetulkannya?

Tanggal 05 Mei 2013 menjadi satu tarikh keramat apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap penipuan sistem pilihanraya yang dilakukan UMNO dan SPR sehingga menyebabkan "Blackout" di beberapa tempat. Penipuan ini dibantah dengan mengadakan satu demonstrasi "BLACKOUT 505" yang dibuat secara besar- besaran, yang diadakan hampir disetiap negeri dan pimpinan yang menghadiri program ini dianggap sebagai seorang pejuang rakyat? Tapi berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Che'Gu Bard. Beliau hanya menegur tentang ketelusan dan integriti JPP dalam pemilihan parti dengan membuat beberapa laporan disertakan dengan bukti yang kukuh, namun adakah beliau perlu dianggap seperti pengkhianat dalam parti dan perlu dihukum dan digantung keahliannya?

Menegur bukan bermaksud membenci mahupun memburukkan. Kita hanya mahu lihat sebuah parti yang diangkat oleh rakyat atas nama keadilan yang dibawa. Bukan hanya parti yang diangkat atas nama sosok tubuh seseorang individu. Kita tidak mahu menang dengan cara menipu. Kita perlu sepak terajang individu yang menipu dalam pemilihan parti. Jangan biarkan nama baik parti menjadi buruk oleh kerana sikap individu yang gilakan pangkat dan harta. 

UMNO- BN MALU BESAR. AHLI DAP MASUK BN?

Thursday 22 May 2014

Tiada Kompromi Dalam Penipuan !

DEMONSTRASI DIHADAPAN PEJABAT PKR TOPICANA, SIMBOLIK SAYANG TERHADAP PARTI


Dikhabarkan lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhimpun di hadapan pejabat PKR Tropicana pada hari selasa bertarikh 20 Mei 2014 sebagai tanda tidak puas hati terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dikatakan gagal menguruskan pemilihan parti dengan telus dan berintegriti. Mereka membawa pelbagai jenis kain rentang dan sepanduk dengan tujuan mengecam beberapa tokoh dan pimpinan tertentu yang dianggap melakukan penipuan sepanjang pemilihan parti yang berlansung baru- baru ini.

Jika dipandang dari sudut yang negatif, sudah tentu ramai yang mempertikaikan tentang perbuatan berhimpun yang dikatakan akan mencalarkan dan memburukkan nama parti. Tentunya akan ada suara- suara yang mengatakan, mengapa isu ini tidak dibantah secara dalaman menggunakan prosedur yang ada tanpa perlu memperlihatkan isu ini kepada masyarakat, kerana ia akan menjadi modal politik untuk UMNO terus- terusan menyebarkan fitnah melalui media lidah celaka milik mereka seperti Utusan Malaysia dan juga TV3.

Adakah kita masih ingat dengan pemilihan pada tahun 2010? Ada beberapa penipuan dalam pemilihan yang dilaporkan. Persoalannya, adakah isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik? Aduan dan laporan dijalankan mengikut prosedur secara rasmi namun adakah pimpinan menyelesaikan masalah itu dengan baik? Waktu itu, bantahan dibuat secara rasmi mengikut prosedur tanpa ada yang berhimpun seperti yang berlaku baru- baru ini. Tapi, apakah kesannya terhadap pemilihan parti? Apakah tindakan yang diambil JPP terhadap individu yang dikatakan menipu dalam parti? Oleh kerana terlalu mengikut prosedur dan bantahan yang dilakukan itu dianggap tidak serius, maka pimpinan juga tidak serius dalam menyelesaikan masalah yang melanda parti. 

Tidak dinafikan bahawa ada beberapa tempat yang melakukan penipuan mengikut bukti yang dikeluarkan oleh si pendakwa. Dalam tempoh aduan dan siasatan, perkara itu masih berlaku lantas menyebabkan orang ramai mempersoalkan dimana ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Parti? Tiada yang berubah, dimanakah kepekaan JPP? Segelintir ahli parti mahu JPP bangun dari lena supaya segala penipuan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat dan tanpa teragak- agak mengambil tindakan terhadap individu yang telah mencabul undang- undang dan demokrasi dalam parti.

Perbuatan berhimpun mungkin tidak enak dilihat orang ramai, tapi apa langkah lain yang kita ada jika JPP tidak serius dalam membendung dan mengambil tindakan terhadap isu yang dilaporkan ini? Bagaimana jika ada yang bertindak keluar parti kerana menganggap pemilihan parti tidak adil dan penuh denga penipuan? Biar kita bergaduh sekarang, biar kita berbalah dari pimpinan yang dilantik selepas ini dari kalangan yang tidak jujur dan amanah. Ada pendekatan yang penuh kelembutan dan ada yang dilihat agak kasar atau radikal, namun kedua- duanya untuk kebaikan parti. Adakah kita perlu meletakkan kesalahan jika ada yang bertindak sedikit radikal? 

DS Anwar Ibrahim yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP sempat bertemu dengan ahli yang berhimpun dan mengatakan bahawa tindakan akan diambil kepada individu yang melakukan penipuan jika sabit dengan bukti yang dikeluarkan tanpa ada yang akan terlepas. Peserta himpunan itu diarahkan bersurai supaya ianya tidak menjadi modal untuk media regim penguasa menfitnah, kerana mereka hanya menunggu peluang.

Apakah yang dimahukan ahli yang berhimpun pada malam tersebut? Hanya mahu melihat sebuah parti yang bersih dari segala penipuan dan salah guna kuasa. Kita sudah ditipu oleh pemerintah gila selama hampir 60 tahun, adakah kita mahu lihat ini terjadi dalam parti. Semoga JPP melakukan segala kerja denga telus tanpa cenderung terhadap mana- mana individu. Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera jika ada laporan dan bukti yang kukuh. Jika tiada laporan dan bukti yang kukuh, JPP seharusnya menerangkan kepada orang ramai.

Kelembutan atau sedikit radikal bertujuan memperbetulkan parti, menjadi simbolik bahawa ahli sayang terhadap parti !!!

Tuesday 20 May 2014

Lagu Bangkit, Pembakar Semangat.

BANGKIT- ALTIMET

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang


Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

Monday 19 May 2014

Calon Wanita Melayu, Bukti DAP bukan Rasis

MENGAPA CALON DAP, DYANA SOFYA DIPERTIKAI?

Calon DAP P76, Teluk Intan
Dyana Sofya binti Mohd Daud, calon P76 Teluk Intan mengejutkan pimpinan UMNO apabila bertanding atas tiket DAP. Beliau adalah bangsa Melayu yang pertama bertanding atas tiket DAP sekaligus merencatkan segala fitnah dan tohmahan UMNO tentang DAP yang kononya menindas orang Melayu. Tapi, mengapa tindakan beliau di pertikai? Tindakan ini sepatutnya dicontohi oleh semua rakyat. Beliau menyeru semua rakyat Malaysia supaya menolak politik perkauman yang selama ini dimainkan regim UMNO dan juga mengukuhkan semangat kekitaan.

Kenyataan Dyana Sofya Mohd Daud di RoketKini bertarikh  17 Mei : 
" Saya menentang politik perkauman dan memegang teguh prinsip kekitaan. Saya mahu supaya semua rakyat Malaysia lebih memahami antara satu sama lain. Tembok perkauman perlu dirobohkan, barulah sebuah bangsa Malaysia dapat dilahirkan dan ini dipertahankan DAP ".

Bimbing Dyana, bukan pertikai

Mengapa pula ada puak yang mempertikai tentang Dyana Sofya yang memakai baju kurung dan tudung sewaktu bercermah di pentas  PAS? Memang benar, menutup aurat menjadi kewajipan kepada semua umat Islam tanpa mengira pangkat mahupun harta dan juga tanpa mengira fahaman politik. Dyana Sofya merupakan seorang ahli DAP dan juga seorang Islam. Mana mungkin beliau boleh terlepas dari hukum Allah. Tetapi mengapa pakaian Dyana dengan baju kurung dan selendang dipertikai? Sepatutnya, kita memuji langkah awal beliau dan mendoakan agar beliau benar- benar istiqamah dalam menutup aurat.

Mengapa UMNO mempertikaikan tentang aurat Dyana Sofya? Ini mungkin kerana UMNO baru mengenali apa itu maksud aurat setelah Dyana Sofya menjadi calon DAP di Teluk Intan.

Hukum ALLAH, Mengapa Di Politikkan?

BANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA, HANYA TAKUTKAN ALLAH !!!





Bila berbicara tentang hudud, ramai yang mula mempertikaikan kononya PAS hanya menggunakan isu Hudud untuk politik. Ramai yang mula mempertikai tentang hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kita juga boleh persoalkan, bagaimana pula dengan gabungan antara UMNO dengan MCA, GERAKAN, LDP, PPP dan lain- lain. 

UMNO dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan hak orang melayu dan agama Islam. Bagaimana UMNO boleh berkompromi dengan parti yang bukan sahaja menolak hukum hudud malah menghina hukum Allah. Bila DAP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menerima hudud, tapi menolak dengan cara yang baik tanpa sebarang hinaan, mulalah pimpinan UMNO mengatakan bahawa PAS adalah keldai DAP dan PKR. Bagaimana pula dengan pimpinan UMNO yang berbangsa melayu dan beragama Islam boleh menolak hukum Allah tanpa ada tindakan?

Kenapa PAS lebih mengutamakan untuk bergabung dengan DAP walaupun parti itu majoritinya berbangsa Cina dan bukan Islam, berbanding PAS? Contohnya mudah, ada seorang kawan kita yang beragama Islam mengajar dan mengajak kita untuk berjudi, mencuri, merogol, minum arak dan sebagainya, haram untuk kita bersama dengannya. Tapi jika ada seorang sahabat kita yang berbangsa Cina mahupun India mengajak kita untuk pergi ke perpustakaan, apa salahnya untuk kita ikut. Islam memang menitik beratkan soal dan fahaman agama, namun ia bukan menjadi halangan untuk kita melakukan yang buruk. PAS lebih cenderung untuk bergabung dengan DAP atas beberapa sebab, antaranya DAP mahukan yang terbaik untuk rakyat sama ada Melayu, Cina mahupun India. Lihat sahaja di Pulau Pinang. Gaji dan elaun guru kafa dinaikkan, adakah ini menunjukkan DAP menindas melayu? DAP juga mahukan keadilan dalam sistem pemerintahan, begitu juga PKR. 

Bila berbicara soal hudud, akan ada yang mempertikai bahawa Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum Allah itu. Mengapa GST boleh terus dilaksanakan dengan membelanjakan RM 17 juta untuk melantik hampir 230 orang pakar ekonomi untuk menjelaskan kepada rakyat apa itu GST serta kebaikannya. Mengapa dana tersebut tidak digunakan untuk melantik ulama- ulama untuk menerangkan apa itu hukum hudud kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang beragama islam mahupun bukan. Mengapa perlu ditunggu? Ini hukum ciptaan Allah, tanpa ada sebarang cacat cela. Mengapa kita masih was- was? Mengapa ada yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa jika undang- undang hudud dilaksanakan maka politik dan ekonomi di Malaysia akan menjadi mundur? Allah berjanji, negara yang melaksanakan hukum Allah akan lebih dikurniakan rahmat dan nikmatnya. InsyaAllah, jika hudud dilaksanakan maka jenayah akan dapat dikurangkan sebagai contoh di Brunei. 

Mengapa kita perlu takut dengan hukum Allah, sedangkan itu adalah hukum yang paling adil jika dibandingkan dengan hukum yang ada di dunia ini? Selalunya orang yang takut dengan hukum Allah adalah orang yang berjudi, minum arak, berzina, merompak, qazaf dan sebagainya. Jika kita tidak melakukannya, mengapa kita perlu takut untuk menyokong hukum Allah? 

Bangkitlah rakyat Malaysia !!! Bangkitlah Anak Muda !!! Hanya takutkan Allah. Letakkan Allah segala- galanya. Rezeki milik Allah, hidayah milik Allah, bukan milik manusia. Persetankan segala ugutan, makian, tindakan ke atas kita. Bangkitlah semua. Perjuangan demi agama dan menegakkan kezaliman. 

" Jika kita diberi peluang, adakah kita berani mengangkat senjata dan terus lawan kezaliman dan penindasan"?





Demi Survival Politik Sempit, Rakyat Ditindas !

KEUNTUNGAN BERGANDA, RAKYAT TERUS DIDESAK.




Tenaga Nasional Berhad mencatat keuntungan bersih RM 4.61 billion bagi tahun 2013. Kini pada bulan Mei 2014, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan bagi mengelakkan berlakunya kerugian? Apa maksud kerugian bagi UMNO? Adakah disebabkan keluarga dan kroni mereka tidak dapat bercuti di luar negara, tidak dapat membeli pakaian yang berharga ratusan ribu, itu yang dianggap rugi? Tol juga sedang dibincang untuk dinaikkan demi menjaga beberapa kerat individu dan kroni demi untuk meneruskan survival politik sempit mereka.

Rakyat terus dihimpit dan ditindas dengan apa yang berlaku sekarang dan apa yang akan berlaku. Ini belum lagi kita bicara soal GST 6% yang secara terang- terangan akan menyebabkan inflasi dan harga barang akan melambung naik jika ia dilaksanakan dalam keadaan taraf hidup rakyat yang amat teruk, pendapatan perkapita rakyat Malaysia yang amat berbeda dengan negara- negara membangun pada hari ini dan juga kesenjangan ekonomi di antara yang paling kaya dan yang paling miskin.

Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan sifat tamak, riak dan takkabur pimpinan UMNO. Ini masanya untuk rakyat bangkit melawan kezaliman dan penindasan. Ini masanya rakyat Malaysia memikirkan tentang bagaimana hidup generasi akan datang dengan cara dan corak hidup begini. 

Bersiaplah anak muda, tahun ini kita sambut Merdeka di Putrajaya !!!
Ini sebagai tanda dan protes kepada kerajaan disebabkan oleh penindasan yang berlaku.
Persetankan segala ugutan dan halangan regim yang gila kuasa.

Assalamualaikum.



Blog ini secara rasminya didaftarkan pada 14 Mei 2014 bagi menggantikan blog admin yang telah disekat aksesnya. Blog ini ditubuhkan, secara dasarnya untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah regim penguasa yang zalim memeras wang rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Blog ini juga akan menjadi penggerak untuk rakyat Malaysia amnya, dan anak muda secara khususnya. Kita akan cuba bersama- sama dalam perjuangan menjatuhkan Si Gila Kuasa, tanpa mengira bangsa mahupun fahaman agama. Kita akan lawan sehingga ke garisan penamat.


LAWAN SAMPAI MENANG, GASAK SAMPAI TUMBANG !!!