hiduprakyat


widget

Friday 30 May 2014

Siapa Pilihan Pengundi di Teluk Intan?

PILIH DYANA SOFYA MOHD DAUD (DAP) ATAU MAH SIEW KEONG (BN) ?

Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)


Mah Siew Keong (BN)


Siapa akan menang di P76 Parlimen Teluk Intan? Ada beberapa penganalisis politik telah mengkaji dan ada mengatakan kemenangan di parlimen tersebut berpihak kepada BN mahupun DAP. Ada yang mengatakan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud akan menang dengan majoriti bergaya, ada yang mengatakan kemenagan calon DAP itu hanya tipis. Ada pula penganalisis politik menjangkakan kemenangan buat calon BN, Mah Siew Keong. Namun, itu semuanya hak pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan. Kedua- dua calon telah membentangkan manifesto masing- masing. Rakyat perlu berfikir sama ada manifesto tersebut akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat, ataupun ia hanya akan menjadi sebagai satu langkah untuk terus menindas rakyat Malaysia. 

Ramai yang terkejut dan seolah- olah DAP meninggalkan banyak persoalan di minda rakyat. Bagaimana DAP boleh mengambil calon dari seorang yang berbangsa Melayu jika benar yang selama ini bahawa DAP sebuah parti yang rasict? Ini sudah terbukti bahawa DAP tidak menindas bangsa melayu, DAP tidak pernah mengamalkan rasism dalam parti. Bagaimana pula calon yang mewakili BN? Itu terserah kepada pengundi.

Dyana Sofya Mohd Daud pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengundi untuk membantah Rang Undang- Undang (RUU) Hudud diparlimen jika diangkat sebagai ahli parlimen di Teluk Intan. Ini yang cukup merunsingkan pengundi. Mereka seolah- olah tertanya bagaimana untuk mengundi jika calon DAP seorang berbangsa melayu dan beragama islam itu menolak hukum Allah?

Tapi, bagi aku jawapannya mudah. Kedua- dua calon menolak hukum hudud dijalankan di Malaysia. Seorang wanita beragama islam dan berbangsa melayu, dan seorang lagi seorang lelaki berbangsa cina dan bukan islam. Bagaimana pula dengan amalan dan prinsip kedua- dua parti DAP mahupun BN? DAP menentang dengan lantang dalam isu penindasan terhadap rakyat, isu kezaliman, isu rasuah, isu penipuan, penyelewengan, gila kuasa dan sebagainya. BN pula mengamalkan rasuah, meletakkan rakyat dalam kesusahan, melakukan kezaliman kepada rakyat. Manakah yang terbaik untuk rakyat? 

Para pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan perlu berfikir dengan baik, yang manakah calon yang terbaik untuk dipilih dan diberikan mandat di parlimen tersebut. Sama ada baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment