hiduprakyat


widget

Monday 9 June 2014

Rakyat Terus Ditindas, Kita Hanya Perlu Tunduk Membisu?

GST 6%, CUKAI YANG MEMISKINKAN RAKYAT, KRONI TERUS DIJAGA





GST, Cukai Yang Memiskinkan Rakyat


GST adalah Goods Service & Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Di negara- negara lain cukai ini turut dikenali sebagai Value Added Tax atau Cukai Tambahan. Semua barangan yang tidak diumumkan sebagai "dikecualikan" akan dikenakan GST. Barangan yang dikecualikan dari GST adalah seperti barang makanan asas, pengangkutan, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik bagi pengguna domestik. 

GST akan dikenakan di semua peringkat termasuk pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan juga pengguna. GST adalah salah satu cara regim penguasa celaka untuk terus menjaga kepentingan kroni dengan cara menindas rakyat. Adakah jaminan yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa harga barangan tidak akan naik jika GST dilaksanakan? Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata kerajaan tidak akan membenarkan pembekal menaikkan harga kerana ianya akan membebankan pengguna. Namun, adakah rakyat masih bodoh untuk terus mempercayai kata- kata menteri UMNO yang sememangnya tidak pernah kenal keperitan dan kesusahan hidup rakyat? Tan Sri Muhyiddin juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika GST dilaksanakan harga barang akan naik tetapi berlaku penurunan. Kenyataan bodoh seumpama ini dinyatakan oleh TPM. Rakyat sedar bahawa tiada lagi orang cerdik pandai dalam UMNO, selari dengan kenyataan- kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNO. Hal ini juga disebut dengan jelas oleh Mantan Perdana Menteri, Tun M bahawa tiada lagi orang yang cerdik pandai dalam UMNO.

Jika kerajaan ingin terus melaksanakan GST, maka pengguna atau rakyat yang paling terkesan dalam hal ini. GST adalah cukai yang memiskinkan rakyat. Regim penguasa semakin gila babi dalam mengaut keuntungan dan kekayaan atas nama rakyat. Mereka akan terus menggali dan merompak harta dan milik rakyat tanpa ada belas kasihan. Sememangnya mereka itu regim penguasa yang zalim. Kerajaan pimpinan UMNO- BN meletakkan nilai rakyat hanya sebanyak RM650 dalam pemberian BRIM dan akan mengambil semula wang rakyat melalui GST. 

Adakah rakyat hanya perlu diam dan terus membiarkan mereka merompak harta kekayaan negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni? Kita harus terus berjuang melawan penindasan yang berlaku. Persetankan segala halangan. Persetankan segala ugutan. Persetankan segala tindakan yang bakal diambil. Kita perlu lakukan sesuatu untuk terus menjaga harta kekayaan negara dari terus dirompak penguasa celaka. Ini negara kita. Setiap rakyat berhak menegur barisan kepimpinan. Apa maksud demokrasi yang dibawa jika rakyat yang menegur terus dianggap pengkhianat kepada negara sedangkan perompak diangkat sebagai pemimpin. Ayuh rakyat Malaysia. Kita tunjukkan pada kerajaan bahawa suara rakyat itu bisa menggegarkan negara. Hancur UMNO Penguasa Zalim !!! 

TAHUN INI ANAK MUDA SAMBUT MERDEKA DI PUTRAJAYA !!!


Penerangan Mudah Tentang GST



No comments:

Post a Comment